Wednesday 18 May 2011

Honda Kini Membina Kereta Terbang

Korang mesti tak caya kalau aku cakap syarikat automotif terkenal di dunia, Honda akan membuat kereta terbang kan? Tapi inilah hakikatnya. Dalam pameran kereta (Auto Show) di Los Angeles, Honda membuktikan yang mereka boleh buat kereta futuristik ini. Korang boleh tengok sendiri perincian dan rekabentuk kereta tersebut. Memang hebat la. Tapi adakah sistem jalan kita sekarang ni boleh menyediakan kemudahan untuk kereta terbang ni. Aku teringat cerita Back to the Future Episode 3, yang mana si Profesor tu buat keretapinya boleh terbang. Adakah kereta Honda ini akan jadi macam tu. Aku takut banyak pula kemalangan yang akan berlaku kalau tiada langkah yang relevan diambil. Tapi lama lagi kot, kereta terbang Honda ini akan berada dalam pasaran. Harga? Jangan tanya aku harga kereta terbang Honda ni. Kita memang tak mampu beli hehehe.


No comments:

Post a Comment