Wednesday 18 May 2011

Cikgu Paling Popular di Malaysia


Al-maklum la, hari Hari Guru, 16 Mei, iaitu hari keramat bagi cikgu-cikgu di Malaysia. Aku yakin korang mesti nak tahu, siapa cikgu paling popular di Malaysia? Ni peringkat Malaysia, bukan sekolah tau. Maklum la, cikgu ni pencorak generasi akan datang. Kita semua akan menyerahkan anak-anak kita kepada cikgu apabila sampai waktunya. Cikgu bagus dan ikhlas, menjadi la anak-anak kita. Jadi kena pilih sekolah yang sesuai untuk anak kita (walau aku tau kat Malaysia ni tak banyak pilihan untuk sekolah, terutamanya sekolah rendah). Anyway, korang dapat teka tak cikgu paling popular kat Malaysia ni? Tapi takpe, bagi sesiapa yang ada perasaan ingin tahu, meh aku bagitau. Walau cikgu ni takde la title macam Dr atau Ir, tapi nama “cikgu” ni akan melekat sampai mati. Korang setuju tak? Lantak korang la. Meh aku bagitau korang cikgu yang paling popular ni…(suspen tak?)

Daripada carian Google Malaysia…setelah menaip “cikgu”, ini lah hasilnya…

Cikgu paling popular di Malaysia: 1) Cikgu Shida (aiseh minah ni ke? macam tak layak je) 2)Cikgu Suraya (cikgu cerita lucah ni. tak sangka nama ni boleh jadi no.2 astagfirullahalazim 3)Cikgu Mira (tak pernah dengar tapi dari selidik aku tadi cikgu cerita lucah gak ni. hmm astagfirullahalazim) 4) Cikgu Nasir (alhamdullillah ada juga wakil lelaki dalam senarai ni) 5) Cikgu Ayu (yang ni tak silap aku dari tajuk lagu)
Jadi siapa dia Cikgu Shida ni? Ramai yang dah kenal dengan Cikgu Shida ni, al maklum la dah pernah keluar TV, Hot FM, surat khabar, majalah dan macam-macam lagi dengan video Youtube dia tu. Sungguh popular sekali dia ni dalam carian Google. Ni sedikit biodata dia, setelah aku bertanyakannya kepada Pakcik Google:
Full Name: Roshida Binti Abd Aziz
Nicknames: CikShida, cik, Teacher Shida, akak, ida, mak alang, aida, ate
Date Of Birth: 21 April 1972 (9:25 a.m, Friday)
Sex : Female (100%… hi hiii… don’t get confused)
Sexual Orientation : Straight (100%)
Siblings: 6 (I’m the 3rd, only daughter)
Status: Single
Occupation: Teacher (SK. Pulau Padang, 32600 Bota, Perak)
Subjects: English, Music and Art
Place Of Work: 1. SK. Kebun Baharu, Selangor (1998 – 2006) 2. SK. Pulau Padang (2007 – sehingga kini)
Education Level: SPM (Sek. Men. Iskandar Shah, Parit)
Maktab: Maktab Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit (1995-1997)
Address: Kampung Tengah, Parit, Perak
Ni biodata ringkas Cikgu Shida je la. Kalau nak yang penuh, gi minta sendiri dari Cikgu Shida atau gi sendir kat blog Cikgu Shida ni: CSDP Miming Art Videos. Pastikan masa cuti sekolah je. Kenapa Cikgu Shida sangat popular? Sebab Cikgu Shida ni unik dan pelik. Ko tengok sendiri la video-video kat Youtube pasal dia. Berikut merupakan 3 video lagu miming dari Cikgu Shida (aku tak suruh korang tengok, sebab melayokan, tapi kalau korang degil, lantak korang la):

No comments:

Post a Comment