Wednesday 18 May 2011

Bahaya Minyak Masak Dalam Paket

Korang caya berita yang aku nak sampaikan ni? Berita bahawa minyak masak yang digunakan di restoran-restoran atau premis fast-food telah dikitar semula dan dijual kepada kita pengguna. Inilah yang terjadi seperti dalam laporan Kosmo kalau tak silap. Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah membuat serbuan ke sebuah kilang yang membuat perkara terkutuk ini di Klang. Dekat 40000 kg minyak kitarsemula ini di rampas. Patut la harga minyak masak naik, sumber minyak diserbu. Tak sangka rupa-rupanya banyak benda yang dijual kat luar sana tak selamat. Aiyaaa mahu percaya sama siapa lagi kalau macam ni? Dalam petikan surat khabar ini juga menyarankan kita supaya jangan beli minyak dalam paket kerana minyak dalam paket ni kebanyakkan dikitar semula dan boleh menjadi penyebab kepada penyakit darah tinggi. Beli minyak dalam botol, walau mahal sedikit, tetapi insyaAllah kualiti minyak masaknya terjamin. P/S: Ini lah yang berlaku bila kerakusan, ketamakan akan harta benda menguasai kepala, semua benda jadi tak salah. Dosa pahala tidak diambil kira. Neraka syurga tidak difikirkan. Nauzubillah.


No comments:

Post a Comment